[VIDEO] Perubahan Wajah TuIar, Zarina Tampil Dan Jelaskan Rupanya Ini Yang Sedang Dialami

Pelakon Zarina Zainuddin, 52, berang dengan tud0han warganet yang mendakwanya membuat pembedahan hidung, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kenapa Lain Sangat” Warganet Terkejut Perubahan Wajah Zarina Zainuddin

Perubahan hidung pelakon drama Teduhan Kasih itu mula menjadi perhatian ketika Zarina mempromosikan festival makanan di Singapura, beberapa hari lalu.

Ekoran bentuk hidungnya kelihatan berbeza, pengikut dalam laman Instagram tertanya-tanya, seterusnya meninggalkan pelbagai komen ‘menud0h’ ibu kepada empat cahaya mata itu membuat pembedahan hidung.

Tidak tahan spekulasi diIemparkan, Zarina akhirnya bersuara menerusi video pendek dimuat naik dalam IG menjelaskan keadaan sebenar. Zarina berang dengan warganet yang suka menud0hnya tanpa usul periksa.

“Saya baca macam-macam komen. Bagi yang tak mengenali, saya ada masalah sinus yang teruk dan migrain.

“Sampai satu tahap rasa hendak buka tudung sebab terlalu sakit kepala. Ada masanya sampai rasa hendak menghantuk kepala ke dinding.

“Saya jumpa doktor dan buat pembedahan untuk mengeluarkan bendalir dibawa mata. Anda boleh nampak kesannya, ingat saya sengaja nak hidung macam ni?,” katanya.

Zarina mengakui, hidungnya dulu sudah cantik, tetapi masalah ini juga membuatkannya selalu sakit kepala dan jadi hendak marah sehingga menggnggu kerja.

“Saya buat pembedahan kerana masalah kesihatan. Bagi yang tak tahu menahu, jangan sesuka hati komen.

“Saya minta netizen buat fitnah ini jumpa saya untuk moh0n maaf sebelum meninggaI dunia atau terpaksa merangkak mencari saya di akhirat kelak. Ingat saya hendak hidung seperti ‘b**i?’ tempelak Zarina.

Tambah Zarina, dia tersinggung dengan komen tanpa usul periksa sehingga membuatkannya asyik menangis dan sakit kepala.

Katanya, anaknya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan atau Azal juga menghadapi masalah sama.

“Azal pun alami masalah sama, tetapi saya tak sanggup nak buat pembedahan disebabkan keadaannya begitu. Jadi, Azal hanya makan ubat.

“Saya terima keadaan saya. Jika anda sayangkan saya, tolong doakan.. Jangan hanya sedap cakap, hati orang terluka ‘korang’ masih boleh ketawa,” tulisnya.

VIDEO:

Sumber & video dipetik dari BH Online, Youtube via MyTvViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *