[VIDEO] Gelagat Syukri Yahya layan kerenah anak dapat pujian ramai

Melayan kerenah anak kecil memang kadang-kadang sangat menghiburkan. Lagi-lagi kalau kanak-kanak yang sudah pandai bercakap, memang seronok kalau diajak berbual.

Selain itu, melayan kerenah anak kecil, ianya memerlukan tenaga yang banyak. Macam yang dikongsikan bapa ini apabila dia cuba bermacam cara untuk memastikan anak yang masih kecil ini ketawa.  Cubaannya ini bukan saja membuatkan anaknya terhibur malah mereka yang menonton juga sama terhibur.

Sama juga seperti pelakon Syukri Yahya dimana berdasarkan satu video tular yang dimuatnaik di laman Tiktok, kelihatan bapa kepada dua cahaya mata itu sedang melayan kerenah anaknya yang masih kecil.

Dengan kapsyen  “Permata hati ayah,” Syukri dilihat sedang mendodoikan dan bermain anak patung, sambil diperhatikan oleh anaknya yang ketawa melihat gelagat Syukri itu.

Video:

https://www.tiktok.com/@syukriyahya5/video/7185889237978336538?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7003139224850368002

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 258.3k tontonan, 19k tanda suka dan pelabagai komen dari netizen yang terhibur dengan gelagat Syukri Yahya.

Untuk makluman, Syukri Yahya mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok syukriyahya5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *